KOSMETIK SENSUAL MEIJI SKIN RENEWER CREAM TELAH DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Print

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Date : 27 December 2013

 

PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk kosmetik berikut:

 

Bil. Gambar Produk Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual yang Dikesan Nama Pemegang Notifikasi Nama Pengilang
1.  sensual meiji renewal cream Sensual Meiji Skin Renewer Cream NOT120204451K Azelaic Acid De Cosmetics Malaysia Sdn Bhd Hong Chuang International Beauty Co. Ltd, Taiwan

Produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual asid azelaik yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Produk yang mengandungi asid azelaik adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang bertujuan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat (acne vulgaris) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan asid azelaik tanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit.

Pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta danmemanggilbalik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532/5533/5537 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik.


DATO’ EISAH BINTI A. RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia

17 Disember 2013