Kajian Kepuasan Pelanggan NPRA

Cetak

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Tuan / Puan,

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang menjalankan kajian untuk menilai tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh NPRA. Melalui maklum balas yang diterima, NPRA berupaya untuk mengenalpasti perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikan dan juga amalan-amalan sedia ada yang didapati memuaskan tetapi boleh ditambah baik lagi. Maklumat lanjut mengenai kajian adalah seperti berikut:

Tajuk: Kajian Kepuasan Pelanggan NPRA

Tempoh: 1 April 2023 - 30 Jun 2023 (3 bulan)

Skop: Perkhidmatan NPRA

Objektif: Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh NPRA.

Pautan: https://forms.gle/7WRyvLG6gPfM16KdA

Klik pautan di atas untuk menjawab kajian ini.

Terima kasih atas perhatian dan maklum balas anda.