Makluman Pengemaskinian Tempoh Jangka Hayat Vaksin COVID-19 iaitu CoronaVac Daripada 30 Bulan Kepada 36 Bulan

Cetak

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 19 Januari 2024, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat vaksin CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated (MAL21036010ARZ & MAL21046125ACSZ) seperti berikut:

 

Kategori

Deskripsi Variasi Yang Diluluskan

MaVB-59: Extension of the shelf life of drug product

Memanjangkan tempoh jangka hayat vaksin CoronaVac daripada 30 bulan kepada 36 bulan.

 

 

Senarai nombor kelompok dengan tarikh luput baharu yang telah dikemaskini boleh dirujuk di alamat url berikut:

https://npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/vaccine-covid-19-update.html

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan boleh menghubungi One-Stop-Centre di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di talian 03-7883 5400 (sambungan: 4435/4436/4437) atau 03-7801 8445/8446/8447/8449

 

Kemaskini: 23 Januari 2024