Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan sesi taklimat “NPRA Regulatory Updates 2025” bersama Industri pada 12 Februari 2025. Sesi taklimat ini dihadiri hampir 90 orang daripada keseluruhan 18 persatuan, yang mewakili pihak industri farmaseutikal, suplemen kesihatan, tradisional, kosmetik dan veterinar.