Sukacita dimaklumkan bahawa pada 2 Jun 2023, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat ASTRAZENECA Sdn. Bhd., berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat produk EVUSHELD 100 MG/ML SOLUTION FOR INJECTION (MAL22056042ACRZ) seperti berikut:
Kategori |
Deskripsi Variasi Yang Diluluskan |
MaV-16: Extension of the shelf life of drug product |
Memanjangkan tempoh jangka hayat produk EVUSHELD daripada 18 bulan kepada 24 bulan.
|
Bersama ini disenaraikan nombor kelompok dengan tarikh luput baharu yang telah dikemaskini:
Bil | Nombor Kelompok | Tarikh Pengilangan | Tarikh Luput Pada Label | Tarikh Luput Baharu |
1 | CABF | 01-05-2022 | 31-10-2023 | 30-4-2024 |
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan boleh menghubungi One-Stop-Centre di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di talian 03-7883 5400 (sambungan: 4435/4436/4437) atau 03-7801 8445/8446/8447/8449
Kemaskini: 14 Jun 2023