Sukacita dimaklumkan bahawa pada 15 Disember 2022, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Merck Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn. Bhd., berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat produk Lagevrio 200mg Hard Capsule (Bahan Aktif: Molnupiravir 200mg) seperti berikut:
- Lagevrio 200mg Hard Capsule (MAL22046001ACRZ)
- Lagevrio 200mg Hard Capsule (MAL22046002ACRSZ)
- Lagevrio 200mg Hard Capsule (MAL22046003ACRSZ)
Kategori |
Deskripsi Variasi Yang Diluluskan |
MaV-16: Extension of the shelf life of drug product |
Memanjangkan tempoh jangka hayat produk daripada 24 bulan ke 30 bulan |
Bersama ini disenaraikan nombor kelompok dengan tarikh luput baharu yang telah dikemaskini:
Bil |
Nombor Kelompok |
Tarikh Pengilangan |
Tarikh Luput Pada Label (24 bulan) |
Tarikh Luput Baru (30 bulan) |
1 |
W010954 |
26 Julai 2021 |
26 Julai 2023 |
26 Januari 2024 |
2 |
W005186 |
28 September 2021 |
28 September 2023 |
28 Mac 2024 |
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan boleh menghubungi One-Stop-Centre di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di talian 03-7883 5400 (sambungan: 4435/4436/4437) atau 03-7801 8445/8446/8447/8449.