Lanjutan daripada Makluman Penambahbaikan Proses Pengeluaran Lesen Mengimport / Lesen Pemborong Melalui Penilaian dan Pemeriksaan Pra-Pelesenan yang telah mula dilaksanakan untuk permohonan baharu Lesen Mengimport / Lesen Pemborong tahun 2025, pemeriksaan AEB secara jarak jauh (‘Remote Inspection’) akan dilaksanakan sebagai alternatif kepada pemeriksaan AEB sedia ada iaitu secara lapangan (‘On-Site’).
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh kuat kuasa pelaksanaan pemeriksaan AEB secara jarak jauh ini adalah mulai dari tarikh surat Makluman Pelaksanaan Pemeriksaan Amalan Pengedaran Baik (AEB) Secara Jarak Jauh.
Sila rujuk Soalan-soalan Lazim (Frequently Asked Questions, FAQs) berkenaan pemeriksaan AEB oleh NPRA yang dimuat naik ke laman sesawang NPRA untuk maklumat lanjut.