Banner NPRA

               
Product Search   QUEST3+ System   Enquiries   Sitemap  

ABOUT US

Visi, Misi dan Objektif

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 

LATAR BELAKANG NPRA

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), atau dikenali sebagai Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), telah ditubuhkan pada Oktober 1978 dibawah aktiviti kawalan kualiti program farmasi dan bekalan. Institusi ini telah ditubuhkan bagi melaksanakan kawalan kualiti pada produk farmaseutikal. Infrastruktur dan fasiliti dicipta bagi memenuhi keperluan aktiviti pengujian dan kawalan kualiti.

Pada tahun 1985, NPRA telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk farmaseutikal, melalui skim pendaftaran dan perlesenan. Ini dicapai melaui penilaian data saintifik dan ujian makmal pada semua produk sebelum dipasarkan. Sistem pemantauan produk produk dipasaran telah ditubuhkan. Informasi ubat untuk professional perubatan dan pengguna telah diwujudkan melalui servis ubat informasi (drug information service).

NPRA juga mengendalikan kursus dan memberi latihan kepada kakitangan bahagian perubatan daripada negara lain seperti  Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar, Mongolia dan Vietnam.

Dengan kepakaran regulatori yang dimiliki, NPRA telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Antaranya termasuk pengiktirafan sebagai ahli ke-30 dalam World Health Drug (WHO) Programme for International Drug Monitoring  pada tahun 1990, Pusat Kolaborasi bagi Kawalan Regulatori Farmaseutikal oleh WHO pada 10 Mei 1996, ahli ke-26 dalam Pharmaceutical Inspection Co-operation Scheme (PIC/S) pada 1 Januari 2002, serta ahli non-Organisation for Economic and Development (OECD) yang mematuhi sistem Mutual Acceptance Data (MAD) bagi Amalan Makmal Baik (GLP) pada tahun 2013.

VISI

 

MISI

 

OBJEKTIF

Menjadi badan regulatori bagi ubat-ubatan dan kosmetik yang disegani dunia.

 

Menjamin kesihatan rakyat melalui kawalan regulatori ubat-ubatan dan kosmetik berlandaskan kecemerlangan saintifik.

 

Memastikan bahawa bahan-bahan terapeutik yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan dan berkualiti, serta kosmetik yang telah dinotifikasi adalah selamat dan berkualiti.

 

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

Lot 36, Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz), 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Phone: +603-7883 5400

 

 

DISCLAIMER

The Government of Malaysia and the National Pharmaceutical Regulatory Agency are not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Site Last Modified

  • Last Modified: Khamis 21 November 2024, 14:55:22.
© Copyright 2018 . All Rights Reserved National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA

Search

Menu Utama