Untuk melaksanakan pendaftaran produk/ Skim notifikasi kosmetik melalui penilaian data teknikal, analisa makmal serta kajian dan maklumat yang diterima dari agensi antarabangsa.
Untuk menjalankan ujian analisa, farmaseutikal, mikrobiologikal dan ujian farmakologikal terhadap ubat-ubatan dan kosmetik untuk menentukan kualiti, efikasi dan keselamatan sesuatu produk.
Untuk melaksanakan pengawalan regulatori terhadap kualiti produk farmaseutikal di pasaran melalui pensampelan secara rawak dan menjalankan ujian analisa.
Untuk melaksanakan skim pelesenan terhadap pengilang-pengilang produk farmaseutikal, pengimport dan pemborong termasuk skim pelesenan untuk percubaan kajian klinikal.
Untuk menggalakkan dan membantu pengilang-pengilang produk farmaseutikal tempatan untuk meningkatkan piawai pengilangan setaraf dengan keperluan Amalan Pengilangan Baik seperti yang disyorkan oleh World Health Organisation (WHO).
Untuk menguruskan Program Pemonitoran Kesan Advers Ubat dan menyertai Program Pemonitoran Kesan Advers Ubat Antaranbangsa WHO.
Untuk menguruskan skim panggil balik produk bagi produk-produk farmaseutikal yang tidak berkualiti dan membahayakan pengguna.
Untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan polisi dan berita Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui buletin "Berita Ubat-ubatan" disamping menyediakan perkhidmatan seperti menerangkan kepada orang awam berkaitan proses pendaftaran atas talian, menyampaikan maklumat produk berdaftar dan menjawab segala persoalan berkaitan NPRA.
Untuk menjalankan kajian metodologi dan kajian asas yang bertujuan untuk menilai kualiti, efikasi dan keselamatan ubat-ubatan/kosmetik.
Untuk menyediakan latihan bagi pegawai-pegawai regulatori farmaseutikal, pegawai profesional lain dan pegawai separa profesional melalui skim latihan tempatan atau skim kerjasama antarabangsa.