Salam sejahtera
Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa sebahagian daripada usaha untuk menyelaraskan perkhidmatan kami kepada pihak industri, sebarang permohonan verifikasi terjemahan dokumen rasmi yang dihantar ke Pusat Komplians dan Pelesenan (PKP), NPRA perlu menggunakan Borang BPFK 505 - Borang Permohonan Verifikasi Terjemahan Dokumen Rasmi yang berkuatkuasa pada tarikh pengumuman ini.
Maklumat lanjut berkaitan permohonan ini boleh diperolehi melalui Guidance Document on Verification of Translated Official Document.
Perhatian tuan/puan berkaitan perkara ini amat dihargai.
Sekian terima kasih.