Secara umumnya, semua pemeriksaan APB (Rutin dan Bukan Rutin) sepatutnya dijalankan di lapangan (on-site). Susulan daripada pandemik COVID-19, pihak NPRA telah memperkenalkan mekanisma pemeriksaan di luar lapangan seperti Desktop Inspection, Desktop Assessment dan Remote Inspection pada bulan Jun 2020. Namun demikian, sebagai langkah penambahbaikan bagi mekanisma pemeriksaan di luar lapangan sedia ada, pihak NPRA telah memperkenalkan mekanisma Distant Assessment (DiA) yang merangkumi kaedah Remote Inspection dan Hybrid Inspection bermula 01 September 2021.
3.1 Remote Inspection
3.1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan Remote Inspection?
Kaedah Remote Inspection merangkumi penilaian dokumen dan disusuli dengan pemeriksaan secara maya di mana:
- Pemeriksa akan menghubungi syarikat untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan seperti maklumat pengilang, prosedur utama dan lainlain bagi tujuan penilaian lanjut. Dokumen dan maklum balas akan dikongsikan melalui emel atau document-sharing platform yang dipersetujui oleh pemeriksa dan pihak pengilang.
- Setelah penilaian dokumen berakhir, satu pemeriksaan secara maya akan dijalankan dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat (IT) seperti real-time streaming video, screen-sharing atau sebarang bentuk komunikasi masa nyata yang bersesuaian. Pemeriksaan secara maya akan merangkumi pemeriksaan ke atas premis dan aktiviti pengilangan di samping menemu duga pihak pengilang bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
3.1.2 Bagaimanakah pemeriksaan APB secara Remote Inspection dijalankan?
Berikut adalah proses kerja bagi Remote Inspection:
1. Pemeriksa yang telah dilantik akan menghubungi pihak pengilang untuk perancangan pemeriksaan dan mengemukakan senarai dokumen yang diperlukan. Sekiranya perlu, pemeriksa akan mengemukakan kadar caj bayaran pemeriksaan berdasarkan bilangan pemeriksa dan jumlah hari yang terlibat dengan Remote Inspection. [Nota: Bayaran fi pemeriksaan perlu dijelaskan oleh pihak pengilang sebelum Remote Inspection dijalankan.]
2. Pemeriksa akan menyediakan agenda pemeriksaan berdasarkan jenis pemeriksaan yang akan dijalankan.
3. Pemeriksa akan menilai dokumen yang dikemukakan oleh pihak pengilang.
4. Pemeriksa akan menghubungi pihak pengilang sekiranya dokumen/ maklumat tambahan diperlukan. Jumlah koresponden bersama pihak pengilang adalah dihadkan kepada 3 koresponden sahaja.
5. Pemeriksa akan memaklumkan pihak pengilang berkaitan tarikh pemeriksaan yang dijadualkan untuk dijalankan secara maya. Pemeriksaan secara maya akan dilakukan menggunakan aplikasi komunikasi atas talian berdasarkan agenda pemeriksaan yang telah disediakan.
- Mesyuarat pembukaan.
- Pemakluman hasil semakan dokumen dan perbincangan lanjut sekiranya memerlukan maklumat tambahan.
- Pemeriksaan secara maya ke atas fasiliti dan aktiviti pengilangan.
- Mesyuarat penutup.
6.Laporan pemeriksaan akan dimajukan kepada pihak pengilang.
7.Pihak pengilang perlu memberikan maklum balas melalui laporan
Corrective Action Preventive Action (CAPA) untuk kesemua penemuan yang dilaporkan di dalam laporan pemeriksaan.
8.Pemeriksa akan menerima dan menilai maklum balas CAPA yang dikemukakan.
3.1.3 Apakah kemudahan / peralatan IT yang disyorkan untuk menjalankan
pemeriksaan secara maya?
Keperluan asas bagi menjalankan pemeriksaan secara maya adalah seperti berikut:
- Komputer: Pemeriksa dan pihak pengilang perlu menggunakan komputer yang mempunyai akses kepada internet serta bersesuaian dengan peralatan teknologi dan aplikasi komunikasi atas talian yang akan digunakan.
- Kamera seperti webcam atau conference camera: Pemeriksa dan pihak pengilang boleh menggunakan videoconferencing camera atau kamera terbina komputer.
- Audio: Pemeriksa dan pihak pengilang perlu memastikan kualiti audio komputer (mikrofon dan pembesar suara) yang digunakan adalah jelas.
- Intranet atau virtual private network (VPN): Pihak pengilang perlu menguji liputan internet di setiap lokasi yang terlibat dengan pemeriksaan bagi memastikan perisian boleh dicapai.
- Peralatan pengimbas: Perkongsian dokumen secara masa nyata boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan pengimbas.
3.1.4 Apakah kaedah yang sesuai bagi perkongsian dokumen dan menjalankan pemeriksaan secara maya bagi kaedah Remote Inspection?
Semua saluran komunikasi yang akan digunakan perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak (pemeriksa dan pihak pengilang) dan mempunyai tahap keselamatan yang baik memandangkan maklumat / dokumen yang dikongsikan adalah sensitif dan sulit. Selain itu, semua pihak yang terlibat dengan pemeriksaan perlu menguji semua peralatan IT dan aplikasi atas talian yang akan digunakan sebelum pemeriksaan di samping membiasakan diri dengan peralatan dan aplikasi berkenaan. Semua akses kepada
document-sharing platform dan aplikasi atas talian yang digunakan untuk pemeriksaan secara maya perlu dibatalkan oleh
host (pemeriksa atau pihak pengilang) selepas 15 hari bekerja daripada tarikh pemeriksaan tamat.
1. Perkongsian dokumen Pihak pengilang perlu menyediakan semua dokumen secara elektronik dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
- Format dokumen perlu dalam bentuk readable Portable Document Format (PDF).
- Dokumen yang dikemukakan perlu dikongsikan mengikut urutan senarai dokumen yang diminta oleh pemeriksa.
- Tajuk dokumen yang dikongsi perlu dinyatakan dengan jelas supaya pemeriksa boleh memahami isi setiap dokumen daripada tajuk tanpa perlu membuka dokumen berkenaan.
- Perkongsian dokumen boleh dilakukan melalui emel atau sebarang aplikasi atas talian yang boleh dipercayai dan terhad kepada peserta tertentu ketika pemeriksaan.
- Document-sharing platform yang digunakan perlu mempunyai tahap keselamatan yang baik dan juga membolehkan pemeriksa menyemak dokumen dengan mudah.
- Dokumen boleh dikongsikan secara masa nyata semasa pemeriksaan secara maya dengan menggunakan aplikasi atas talian yang bersesuaian.
- Pihak pengilang boleh mengemukakan dokumen di dalam bentuk hardcopy atau softcopy (pendrive atau compact disk) melalui pos atau khidmat kurier kepada pemeriksa.
- Pihak pengilang perlu memastikan semua dokumen di dalam bentuk digital / elektronik boleh diakses oleh pemeriksa.
2. Pemeriksaan secara maya
- Aplikasi atas talian seperti Microsoft Teams, Cisco WebEx dan Zoom boleh digunakan untuk tujuan pemeriksaan secara maya.
- Pihak pengilang perlu memastikan kamera yang digunakan berupaya untuk memaparkan gambar atau video yang berkualiti.
- Peralatan audio tambahan perlu disediakan untuk personel yang mengendalikan kamera semasa pemeriksaan dilakukan ke atas kawasan dan aktiviti pengilangan.
- Pihak pengilang boleh mempertimbangkan pemasangan peralatan yang membantu untuk menguatkan isyarat internet di kawasan pengilangan yang mempunyai liputan internet yang lemah. Selain itu, pre-recorded video boleh disediakan oleh pihak syarikat untuk memaparkan kawasan atau aktiviti pengilangan di kawasan berkenaan.
- Aktiviti penrekodan video semasa pemeriksaan adalah tidak dibenarkan.
3.2 Hybrid Inspection
3.2.1 Apakah yang dimaksudkan dengan Hybrid Inspection?
Hybrid Inspection merangkumi penilaian dokumen seperti yang dinyatakan pada para 3.1.1 (1) dan disusuli dengan pemeriksaan di lapangan. Tempoh masa untuk pemeriksaan di lapangan akan dipendekkan memandangkan kebanyakan dokumen telah dinilai pada peringkat awal.
3.2.2 Bagaimanakah pemeriksaan APB secara Hybrid Inspection dijalankan?
Berikut adalah proses kerja bagi Hybrid Inspection:
1. Pemeriksa yang telah dilantik akan menghubungi pihak pengilang untuk perancangan pemeriksaan dan mengemukakan senarai dokumen yang diperlukan. Sekiranya perlu, pemeriksa akan mengemukakan kadar caj bayaran pemeriksaan berdasarkan bilangan pemeriksa dan jumlah hari yang terlibat dengan Hybrid Inspection. [Nota: Bayaran fi pemeriksaan perlu dijelaskan oleh pihak pengilang sebelum Hybrid Inspection dijalankan.]
2. Pemeriksa akan menyediakan agenda pemeriksaan berdasarkan jenis pemeriksaan yang akan dijalankan.
3.Pemeriksa akan menilai dokumen yang dikemukakan oleh pihak pengilang.
4.Pemeriksa akan menghubungi pihak pengilang sekiranya dokumen/maklumat tambahan diperlukan. Jumlah koresponden bersama pihak pengilang adalah dihadkan kepada 3 koresponden sahaja.
5.Pemeriksa akan memaklumkan pihak pengilang berkaitan tarikh pemeriksaan di lapangan. Pemeriksaan di lapangan akan dilakukan berdasarkan agenda pemeriksaan yang telah disediakan.
- Mesyuarat pembukaan.
- Pemakluman hasil semakan dokumen dan perbincangan lanjut sekiranya memerlukan maklumat tambahan.
- Pemeriksaan ke atas fasiliti dan aktiviti pengilangan.
- Mesyuarat penutup.
- Laporan pemeriksaan akan dimajukan kepada pihak pengilang.
- Pihak pengilang perlu memberikan maklum balas melalui laporan Corrective Action Preventive Action (CAPA) untuk kesemua penemuan yang dilaporkan di dalam laporan pemeriksaan.
6. Pemeriksa akan menerima dan menilai maklum balas CAPA yang dikemukakan.
3.2.3 Apakah cara yang sesuai untuk berkongsi dokumen bagi kaedah Hybrid
Inspection?
Rujuk para 3.1.4 (1).
3.2.4 Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan ketika menjalankan
pemeriksaan di lapangan?
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dipertimbangkan oleh pemeriksa dan pihak pengilang bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 ketika menjalankan pemeriksaan di lapangan:
- Bilangan personel yang berada secara fizikal di dalam bilik mesyuarat perlu dikurangkan. Pihak pengilang boleh menggunakan kaedah livevideo conference yang disiarkan secara masa nyata dari bilik mesyuarat utama untuk personel lain melibatkan diri dalam pemeriksaan secara maya.
- Bilangan personel yang mengiring pemeriksa melakukan pemeriksaan ke atas premis perlu dihadkan.
- Pihak pengilang boleh menggunakan kaedah screen sharing video conference technology untuk berkongsi dokumen dengan pemeriksa di lapangan.