1. Penangguhan Pelancaran QUEST3+
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, QUEST3+ akan dilancarkan pada 1 Julai 2016 nanti. Namun begitu, pihak BPFK terpaksa menunda tarikh pelancaran Quest3+ kerana QUEST3+ tidak dapat diserahkan pada tarikh yang ditetapkan dan masih belum bersedia untuk dilancarkan pada 1 Julai 2016 sepertimana yang telah dirancang. Sehubungan itu, moratorium QUEST akan dilanjutkan sehingga QUEST3+ dilancarkan. BPFK akan memaklumkan dari masa ke semasa sebaik sahaja sistem QUEST3+ dapat digunakan untuk sesuatu modul.
2. Permohonan pendaftaran produk dan notifikasi kosmetik yang BARU:
Sehubungan itu pendaftaran baru untuk semua kategori produk tidak dapat dijalankan sehingga QUEST3+ akan dilancarkan secara rasmi.
3. Pembaharuan (renewal) produk farmaseutikal QUEST2 dan QUEST3:
Untuk produk farmaseutikal QUEST2 dan QUEST3, proses pemaharuan (renewal) boleh dilakukan secara manual dan pembayaran akan dibuat di Unit Hasil, BPFK sehingga QUEST3+ dilancarkan kelak.
a) Untuk produk farmaseutikal QUEST3 : Sila rujuk Seksyen Koordinasi dan Regulatori (SKR), Pusat Pendaftaran Produk (PPP)
b) Untuk produk farmaseutikal QUEST2 : Senarai produk short expiry sehingga 1 Sept 2016 dan baucer telah dimuatnaik dan diumumkan di laman web BPFK sejak 9 Mei 2016. Sila rujuk pada pautan ini : http://bpfk.moh.gov.my/index.php/q2-prod-manual-renewal
4. Pembaharuan (renewal) Produk Kosmetik
Produk kosmetik yang akan tamat tarikh notifikasinya pada bulan Jun, Julai dan Ogos 2016 akan dilanjutkan tarikh tamat notifikasi secara automatik kepada tarikh “31 Ogos 2016”. Sekiranya pemegang produk kosmetik tersebut tidak berhasrat untuk mendapatkan pelanjutan tempoh notifikasi ini, sila maklum kepada pegawai helpdesk melalui Laman Helpdesk. Apabila QUEST3+ dilancarkan nanti, pemegang produk kosmetik ini dikehendaki untuk melakukan pembaharuan (renewal) di QUEST3+ bagi produk-produk tersebut.