NPRA Banner

               
Product Search   QUEST3+ System   Enquiries   Sitemap  

Penjualan Produk Herba Untuk Memulih & Mencegah Demam Denggi

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

 

 

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

PENJUALAN PRODUK HERBA UNTUK MEMULIH & MENCEGAH DEMAM DENGGI 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima aduan mengenai produk herba yang diiklankan melalui media sosial dengan tuntutan untuk memulih dan mencegah demam Denggi. 

KKM melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak pernah meluluskan sebarang produk herba dengan tuntutan untuk memulih dan mencegah demam Denggi, Zika atau Chikungungya. 

KKM juga ingin menegaskan bahawa semua pengiklanan bagi produk yang berdaftar dengan PBKD perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), KKM sebelum disiarkan kepada orang awam. Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas iklan ubat yang disiarkan tanpa kelulusan LIU di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Jika sabit kesalahan, individu atau syarikat terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua- duanya sekali. 

KKM ingin mengingatkan orang awam agar tidak mudah percaya dengan tuntutan meragukan yang dibuat pada sebarang produk. Sebarang maklumat berkenaan produk ubat yang meragukan boleh disalurkan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pautan ini atau menelefon talian 7883 5400 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

KKM turut menyarankan semua lapisan masyarakat untuk terus melakukan aktiviti pencegahan Denggi, Zika dan Chikungunya di mana jangkitan- jangkitan ini adalah berpunca daripada nyamuk Aedes. Aktiviti kawalan pembiakan nyamuk Aedes adalah penting, misalnya dengan memastikan bekas-bekas yang boleh menakung air dibersihkan atau dimusnahkan segera jika tidak diperlukan. Manakala bekas-bekas air yang sukar dikosongkan hendaklah diletakkan bahan pembunuh jentik-jentik. Masyarakat juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala demam Denggi seperti demam, sakit kepala, sakit sendi, ruam, loya, muntah atau gejala amaran awal seperti muntah berterusan, sakit perut atau keletihan. 

“Tiada Aedes, Tiada Denggi, Zika dan Chikungunya”

 

Sekian, terima kasih.

  

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 FEBRUARI 2019

 

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

Lot 36, Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz), 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Phone: +603-7883 5400

 

 

DISCLAIMER

The Government of Malaysia and the National Pharmaceutical Regulatory Agency are not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Site Last Modified

  • Last Modified: Thursday 31 October 2024, 08:00:16.

Search

Main Menu English