NPRA Banner

               
Product Search   QUEST3+ System   Enquiries   Sitemap  

Makluman Pengemaskinian Tempoh Jangka Hayat Antiviral Covid-19 Iaitu Lagevrio 200mg Hard Capsule Daripada 24 Bulan Kepada 30 Bulan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 15 Disember 2022, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Merck Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn. Bhd., berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat produk Lagevrio 200mg Hard Capsule (Bahan Aktif: Molnupiravir 200mg) seperti berikut:

  1. Lagevrio 200mg Hard Capsule (MAL22046001ACRZ)
  2. Lagevrio 200mg Hard Capsule (MAL22046002ACRSZ)
  3. Lagevrio 200mg Hard Capsule (MAL22046003ACRSZ)

Kategori

Deskripsi Variasi Yang Diluluskan

MaV-16: Extension of the shelf life of drug product

Memanjangkan tempoh jangka hayat produk daripada 24 bulan ke 30 bulan

 

Bersama ini disenaraikan nombor kelompok dengan tarikh luput baharu yang telah dikemaskini: 

Bil

Nombor Kelompok

Tarikh Pengilangan

Tarikh Luput Pada Label (24 bulan)

Tarikh Luput Baru (30 bulan)

1

W010954

26 Julai 2021

26 Julai 2023

26 Januari 2024

2

W005186

28 September 2021

28 September 2023

28 Mac 2024

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan boleh menghubungi One-Stop-Centre di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau di talian 03-7883 5400 (sambungan: 4435/4436/4437) atau 03-7801 8445/8446/8447/8449.

 

 

 

 

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

Lot 36, Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz), 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Phone: +603-7883 5400

 

 

DISCLAIMER

The Government of Malaysia and the National Pharmaceutical Regulatory Agency are not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Site Last Modified

  • Last Modified: Friday 20 December 2024, 19:30:56.

Search

Main Menu English