NPRA Banner

               
Product Search   QUEST3+ System   Enquiries   Sitemap  

Pelaporan Kesan Sampingan Ubat atau Vaksin Untuk Pengguna

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
 Jika anda mengesyaki anda mengalami kesan sampingan ubat atau vaksin, dapatkan nasihat doktor atau ahli  farmasi secepat mungkin.

 

 

Pelaporan Kesan Sampingan Ubat atau Vaksin untuk Pengguna 

 (Nota: Jika anda merupakan ahli profesional kesihatan, sila klik di sini untuk melaporkan masalah atau kesan advers ubat.)

 

Sila laporkan sebarang kesan sampingan ubat (kesan advers ubat - ADR) atau vaksin (kesan advers susulan imunisasi – AEFI) yang anda alami kepada Bahagian Regulatory Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Laporan anda boleh membantu meningkatkan keselamatan penggunaan ubat di Malaysia.

 

Mobile-banner-1000--560-px

 

ConSERF
Borang Pelaporan Kesan Sampingan Ubat untuk Pengguna [Online Reporting]

Untuk melaporkan sebarang kesan sampingan atau kesan advers ubat (ADR) yang disyaki disebabkan ubat (termasuk ubat preskripsi, ubat over-the-counter, produk tradisional, suplemen kesihatan, dsb.) atau kesan advers susulan immunisasi (AEFI) untuk vaksin. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk seperti di bawah:

Kesan sampingan ubat adalah kesan ubat yang tidak diingini yang mungkin dialami oleh seseorang yang mengambil ubat tersebut pada dos biasa. Sila laporkan sebarang kesan sampingan yang mengganggu anda, walaupun anda tidak pasti ianya disebabkan oleh ubat atau vaksin anda.

  

Untuk maklumat lanjut berkaitan Keselamatan Vaksin, sila klik pada gambar di bawah.

 

1

2

3

4

   

Bagaimana Cara Melapor?

 

Anda boleh laporkan terus kepada NPRA dengan menggunakan boring ConSERF seperti di bawah. Borang ini digunakan untuk melaporkan kesan sampingan yang disyaki disebabkan ubat (ubat terkawal yang memerlukan preskripsi doktor, ubat over-the-counter (OTC), produk tradisional, suplemen kesihatan, dsb.) atau vaksin.

 

(i)  Laporkan terus secara atas talian, ATAU

(ii) Muat turun, cetak dan isi borang, kemudian hantar kepada NPRA melalui emel atau pos kepada alamat di bawah.

 

Sila berikan seberapa banyak maklumat yang boleh untuk memastikan laporan anda adalah berguna. Maklumat anda akan dirahsiakan dan tidak akan diberikan kepada sesiapa di luar NPRA tanpa kebenaran anda. Anda hanya akan dihubungi jika NPRA memerlukan maklumat lanjut berkaitan laporan anda.

 

Anda digalakkan untuk berbincang dengan ahli profesional kesihatan anda (doktor atau ahli farmasi) sebelum menghantar laporan anda. Ahli profesional kesihatan anda mungkin boleh membekalkan maklumat tambahan berdasarkan rekod perubatan anda, yang dapat membantu kami untuk menilai laporan anda.

 

Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan pelaporan kesans sampingan / ADR/ AEFI, atau untuk menghantar laporan anda, sila hubungi: 


Pusat Komplians dan Kawalan Kualiti
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
Lot 36, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Bagi pertanyaan atau pelaporan berkaitan AEFI yang melibatkan vaksin COVID-19, sila hubungi:
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

Lot 36, Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz), 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Phone: +603-7883 5400

 

 

DISCLAIMER

The Government of Malaysia and the National Pharmaceutical Regulatory Agency are not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Site Last Modified

  • Last Modified: Friday 20 December 2024, 19:30:56.

Search

Main Menu English