Pelaporan Kesan Sampingan Ubat untuk Pengguna

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
 Jika anda mengesyaki anda mengalami kesan sampingan ubat, dapatkan nasihat doktor atau ahli  farmasi secepat mungkin.

 

 

Pelaporan Kesan Sampingan Ubat untuk Pengguna 

 (Nota: Jika anda merupakan ahli profesional kesihatan, sila klik di sini untuk melaporkan masalah atau kesan advers ubat.)

 

Sila laporkan sebarang kesan sampingan ubat (kesan advers ubat- ADR) atau vaksin (kesan advers berikutan pelalian – AEFI) yang anda alami kepada Bahagian Regulatory Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Laporan anda boleh membantu meningkatkan keselamatan penggunaan ubat di Malaysia.

 

Kesan sampingan ubat adalah kesan ubat yang tidak diingini yang mungkin dialami oleh seseorang yang mengambil ubat tersebut pada dos biasa. Sila laporkan sebarang kesan sampingan yang mengganggu anda, walaupun anda tidak pasti ianya disebabkan oleh ubat atau vaksin anda.

  

Untuk maklumat lanjut berkaitan Keselamatan Vaksin, sila klik pada gambar di bawah.

 

1

2

3

4

   

Bagaimana Cara Melapor?

 

Anda boleh laporkan terus kepada NPRA dengan menggunakan boring ConSERF seperti di bawah. Borang ini digunakan untuk melaporkan kesan sampingan yang disyaki disebabkan ubat (ubat terkawal yang memerlukan preskripsi doktor, ubat over-the-counter (OTC), produk tradisional, suplemen kesihatan, dsb.) atau vaksin.

 

(i)  Laporkan terus secara atas talian, ATAU

(ii) Muat turun, cetak dan isi borang, kemudian hantar kepada NPRA melalui emel/ pos/ faks kepada alamat di bawah.

 

Sila berikan seberapa banyak maklumat yang boleh untuk memastikan laporan anda adalah berguna. Maklumat anda akan dirahsiakan dan tidak akan diberikan kepada sesiapa di luar NPRA tanpa kebenaran anda. Anda hanya akan dihubungi jika NPRA memerlukan maklumat lanjut berkaitan laporan anda.

 

 

Anda digalakkan untuk berbincang dengan ahli profesional kesihatan anda (doktor atau ahli farmasi) sebelum menghantar laporan anda. Ahli profesional kesihatan anda mungkin boleh membekalkan maklumat tambahan berdasarkan rekod perubatan anda, yang dapat membantu kami untuk menilai laporan anda.

   

ConSERF
Borang Pelaporan Kesan Sampingan Ubat untuk Pengguna [Online Reporting]
  • Untuk melaporkan sebarang kesan sampingan atau kesan advers ubat (ADR) yang disyaki disebabkan ubat (termasuk ubat preskripsi, ubat over-the-counter, produk tradisional, suplemen kesihatan, dsb.) atau kesan advers berikutan pelalian (AEFI) untuk vaksin. 

 

 

 

Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan pelaporan kesan sampingan/ AEFI, atau untuk menghantar laporan anda, sila hubungi: 


Pusat Pasca Pendaftaran Produk & Kawalan Kosmetik
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
Lot 36, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

Fax. No.: 03-7956 7151

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • Email: npra@npra.gov.my
  • Phone: +603-7883 5400
  • Fax: +603-7956 2924, +603-7956 7075

DISCLAIMER

The Government of Malaysia and the National Pharmaceutical Regulatory Agency are not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Mobile Web :

Site Last Modified

  • Last Modified: Tuesday 10 December 2019, 15:34:15.
© Copyright 2019 . All Rights Reserved National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA

Main Menu English

Choose Your Language