Berkuatkuasa 1 Jun 2024, dokumen berikut perlu dimuat naik ke dalam sistem QUEST semasa permohonan pemeriksaan awal/ pra-pelesenan/ pra-kelulusan APB:
1. Fail Induk Pengilang terkini
2. Surat Kelulusan Pelan Susun Atur
3. Senarai Semak Pra-pemeriksaan (NPRA/431/16)*
*perlu dilengkapkan dan dimuat naik bersama Surat Kelulusan Pelan Susun Atur bagi pengilang tradisional, suplemen kesihatan dan kosmetik.
Objektif:
1. Untuk melancarkan proses permohonan pemeriksaan awal/ pra-pelesenan/ pra-kelulusan melalui sistem QUEST.
2. Untuk mengemas kini Garis Panduan Persediaan Pemeriksaan Amalan Perkilangan Baik (APB) Bagi Pengilang Produk Tradisional, Suplemen Kesihatan dan Kosmetik.
Klik di bawah untuk memuat turun Garis Panduan dan Senarai Semak Pra-pemeriksaan (NPRA/431/16).
Nama Dokumen | Dikemaskini |
---|---|
Guidance Document For Preparation of GMP Inspections on TMHSC_Fourth Edition_June 2024 | 31/5/2024 |
NPRA.431.16.3 Pre-inspection Checklist | 31/5/2024 |
Garis Panduan Persediaan Pemeriksaan APB Bagi Pengilang TMHSK_Edisi Keempat_Jun 2024 | 31/5/2024 |
NPRA.431.16.3 Senarai Semak Pra-pemeriksaan | 31/5/2024 |