Peralihan Sijil Digital daripada Sistem QUEST 3+ kepada QUEST 5
Makluman kepada Semua Pengguna Sistem QUEST 3+
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem QUEST 5 dijangka akan mula digunakan pada September 2027. Sistem ini akan menggunakan roaming certificate bagi menggantikan penggunaan physical token yang sedang digunakan dalam sistem QUEST 3+.
Sehubungan dengan peralihan ini, pihak pasukan projek sedang menyelaras langkah-langkah bagi memastikan proses peralihan kepada roaming certificate dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar. Untuk tujuan itu, dimaklumkan bahawa sistem Quest3+ tidak akan lagi menyediakan pilihan permohonan baharu dan pembaharuan token bagi tempoh dua (2) tahun.
Pengurusan Baki Tempoh Sah Token Semasa Peralihan
Bagi pengguna yang masih mempunyai baki tempoh sah sijil digital semasa peralihan, pihak MSC Trustgate telah memaklumkan bahawa baki tempoh tersebut boleh dipindahkan dan ditambah kepada tempoh sah sijil digital roaming certificate baharu secara one-to-one.
Walau bagaimanapun, pemindahan baki ini tertakluk kepada pengguna yang telah mendaftar kepada roaming certificate. Pemindahan baki adalah bergantung kepada tarikh permohonan sijil roaming certificate diluluskan, sekiranya pembelian yang dibuat terlalu lewat selepas tarikh pelaksanaan QUEST 5 (go-live) baki yang layak dipindahkan adalah berdasarkan tarikh kelulusan bukannya tarikh pelaksanaan Quest 5.
Pengguna dinasihatkan untuk mengambil maklum tentang perkembangan ini dan menunggu pemakluman rasmi berhubung tarikh pelaksanaan serta tatacara peralihan yang akan ditetapkan kemudian.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Bilakah QUEST 5 dijangka mula digunakan?
QUEST 5 dijangka mula digunakan pada September 2027. Tarikh pelaksanaan sebenar adalah tertakluk kepada pemakluman rasmi pihak NPRA.
2. Apakah perubahan yang akan berlaku kepada penggunaan token QUEST 3+?
QUEST 5 akan menggunakan roaming certificate sebagai kaedah sijil digital. Token sedia ada tidak lagi boleh digunakan dalam sistem QUEST 5.
3. Bagaimanakah baki tempoh sah token sedia ada akan diuruskan?
Baki tempoh sah yang masih ada dicadangkan untuk dibawa ke hadapan apabila pengguna membeli sijil digital roaming certificate baharu. Baki yang dipindahkan adalah berdasarkan onsep one-to-one.
4. Adakah bayaran balik akan diberikan sekiranya pemilik token tidak ingin membeli roaming certificate?
Bayaran balik tidak diberikan kepada baki tempoh physical token.
5. Bilakah pengguna perlu mengambil tindakan?
Pengguna dinasihatkan supaya mengikuti pengumuman rasmi NPRA dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut mengenai tarikh penamatan permohonan baharu dan pembaharuan token, tatacara mendapatkan roaming certificate serta pengurusan baki tempoh sah akan dimaklumkan setelah dimuktamadkan.









